Sunday 10 July 2011

SEDIH :'/

Assalamualaikum w.b.t :)

Hello, aku hanya mampu berkata Ya Allah, tabahkan hatiku mengharungi liku2x kehidupan ini. Aku sedih yg teramat sangat hari ni. Aku tak tahu kenapa. Hanya Allah mengetahuinya. Thanks to my beloved mom yg sentiasa berada disamping aku saat susah senang hidup aku. Aku tak mampu nak berkata. Aku kelu. Tapi aku harus meluahkan hati aku kat sini. Aku harap Mr.Bloggie aku sudi membacanya :') Aku taknak cakap pnjg2x,takde guna. Aku nak menerus kepada title blog aku hari ni. Sedih ? semua memahaminya bukan ? kalau tak faham cari kamus,aku malas nak terang panjang2x, takde guna.

Oke, aku sedih sgt2x bila aku dpt tahu adek aku dh takde. sedih yg teramat sangat :'( Ya Allah, tabahkan hati aku menghadapi semua dugaanmu. Aku sedia menerimannya dengan hati terbuka. Bagi aku,semuanya adalah penguat untuk aku terus berjuang demi diri aku sendiri dan keluarga. Adik aku yg aku tidak berapa pasti namanya telah kembali kerahmatullah pada pukul 11.47 pagi di hospital Miri. Penyakitnya aku tak dapat nak ingat. Semoga dirinya tergolong kepada org2x yg soleh dan solehah. AMIN. sumpah, aku sedih sgt2x. Aku tak kesah org nak cakap aku takde hak ke atas dia. Tapi dia adek aku, darah daging aku, aku berhak atas kematian dia. Aku nak jumpa dia buat kali yg terakhir tapi aku tak mampu. Family aku tidak mengizinkan aku berjumpa dengannya. Aku tak tahu kenapa, aku hanya dapat doakan yg terbaik buatnya. aku sayangs dia sgt2x. Aku sygs dia lebih dari segalanya :'( aku sentiasa doakan utk ketenangannya di alam sana. Kenangan bersamanya akan sentiasa terpahat kat hati aku. Dia adalah segalanya. Dia satunya adik yg paling aku sayang sebab dia adik yg tak pernah melupakan aku. Aku ingat gik, nya jaga aku masa aku skt kt hospital. Nya salu berik aku semangat. Nya salu call aku tyk khabar aku. Dolok, waktunya sihat, setiap harinya call aku, nya org paling stia ngn aku. Nya salu nyanyi utk aku. Sedih aku ehh . Allah jak tauk :'(
To my brother :  iloveyou so much, ktk jaga dirik bait2x snun. boh nakal2x. kmk akan sentiasa ingt kat ktk. doa kmk sentiasa ada mengiringi ktk dicnun. Kenangan kita dolok nak, akan kmk simpan sampey bila2x sygs. semoga bahagia. Kenangan yg lalu akan sentiasa tersemat kat hati. Sik mampu dh mk pdh apa2x. I LOVE YOU SO MUCHHHHH .SAYANG KITAK GILAK9999 !! U'RE MINE. HAPPY ALWAYS MY DEAR . byebye :) mmmuahs

Saturday 9 July 2011

BENDA YANG MENYAKITKAN !!

Assalamualaikum w.b.t

Hello readers. Aku nak cakap STRAIGHT TO THE POINT! mungkin benda ni akan menyakitkan hati si dia tapi aku peduli apa asalkan hati aku puas ! aku tak simpan perkara ni. Aku cemburu sgt bila dia asyik menyebelahi PEREMPUAN BEGOK tu. selama ni aku hanya ingat dia je. Aku cemburu, aku cuba sedaya  upaya aku melupakan Pelangi aku yg dulu. alhamdulillah,berkat kesabaran aku, doa yg tidak putus2x drpda kwn2x, mama tercinta dan diri aku sendiri. sekarang aku mampu melupakan Pelangi aku. aku dh tak ingat dia dh. takde syg dia ,cinta dia kat ati aku skrg ni. Tapi si dia ? dia cakap kt aku dia masih sygkan BEGOK tu ! benci aku mendengarnya, tanpa aku sedar airmataku telah menitis satu per satu walaupun telah ku tahan dan akhirnya mencium bumi jugak. sumpah. AKU BENCI PEREMPUAN TU, DIA SEBOK DGN HIDUP AKU. KALAU AKU NAK JUMPA DIA AKU NAK CEKIK DIA. MUKA TAK COMEL ADA HATINAK KUTUK ORG ! benci aku tahu tak, aku tak pernah nak sebok hal urusan hidup mati dia, dia sebok je., Si dia, aku harap kau dapat memahami hati aku. aku syg kau sgt2x. dulu kau pernah sakitkan hati aku kerana gila2xkan BEGOK tu, aku tak kesah, aku sentiasa doakan yg terbaik utk awak berdua tapi akhirnya musnah jugak. mungkin word aku ni A K A N menyakitkan hati si pembaca,tetapi ia adalah satu kenyataan yg NYATA ! si dia, sakit hati aku sekarang ni Allah jer tahu. Allah je fhm isi hati aku. sedih yg teramat pedih ! :'( KENYATAAN YG MENYAKITKAN :'( aku nak ubat parut aku. aku stress sgt2x !! sedih sgt2x hat aku sekarang !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ya, Allah ,tabahkan hati hambamu melalui liku2x dlm alam percintaan :'( aku taknak cerita dh, airmata aku dh tak dapat aku nak kawal. airmata aku mengalir selaju lajunya seperti memahami keadaan aku sekarang. Thanks a lot to my mom ! u're my inspiration. thanks for support me :'( u're mine always. aku sentiasa ingat apa yg mama aku pesan, " Qah, biar apa org polah kitak biarkan jak, org hina kitak, sidak lebih hina dari ya, biar org sisih kitak ,mama sik akan pernah sisih kitak :'( oke mom !! iloveyousomuch !!! :') thanks kepada pembaca yg sudi membaca luahan hati aku ni :)                                                                                                      

Friday 8 July 2011

Kisah lalu.

Assalamualaikum w.b.t...

Aku taknak ckp pnjg2x. Aku tak suka,sebab post ni aku tujukan khas buat yg tsyg. Kisah lalu <----- title post blog aku pagi ni. kisah lalu ? semua faham kan apa maksud yg tersurat dan tersiratnya,sama seperti aku. Kisah lalu ni perkara yg dh lepas, cerita lama, nostalgia lama yg kita TIDAK akan pernah wujud lagi dialam nyata. betul ? itu yg aku tahu. aku nak menjawab soalan si dia. Adakah aku sudah melupakan seseorang yg pnh bertakhta dihati aku ni ? ni je yg mampu aku jawab, ya ! aku sudah melupakannya. Mungkin terlalu bodoh bagi si pembaca membacannya,tapi itu adalah jawapan yg tepat bagi aku. Benda tu dh lepas beberapa bulan yg lalu. Renungkanlah, hatiku sudah dimiliki dan aku tidak akan pernah membuka kisah lama hidup aku. kisah silam yg pernah menghantui aku. Sekarang aku hnya mampu bersikap jujur, hati aku sebahagian besar sudah menjadi milikmu. Tapi org lalu adalah org yg sangat2x aku syg. Tapi aku tak pernah cinta dia. kenapa  sebab Badut aku ni org yg mula2x aku sygs,mula2x aku cinta dan aku takkan sewenang2xnya mencintai org buat kali ke2. Aku pernah mengalami kisah silam yg teramat pedihnya kerana si dia. SI DIA atau dikenali sebagai BADUT adalah org yg sedang bertakhta kat hati aku sekarang. Dan aku aku cuba utk mengawal rasa syg aku kt dia sbb aku tak nak kehilangan dia buat kali ke2 :'( aku tak pernah membuka kisah lama aku kt dia. kerana bagi aku tak ada yg semanis kurma :) biarlah kisah lama pergi berlalu. Org lalu dh lama pergi dari hidup aku. percayalah, kau kenyataan dan dia adalah kenangan dan pengajaran bagiku :'( Sejujurnya ,badut aku ni atau dikenali dalam post ni sebagai si dia, dia adalah org yg lama bertakhta kat hati aku walaupun aku pernah mengalami dukanya dulu. duka dan luka yg sangat mendalam. Kenapa ? aku taknak cerita,kalau nak tahu jugak pergi tngok last2x post aku. Aku harap si dia dpt memahami aku, aku adalah seorg insan lemah. terlalu sukar utk melupakan yg lalu. SUMPAH, aku syg kau camne aku pnh cerita kat kau dulu. huh!! bagi aku alam percintaan memang ssh, terlalu bnyak liku2xnya. Aku pernah mengalami benda yg lebih teruk dari ni saat si dia bersama yg lain.rasa dan sakitnya hanya Allah je mengetahuinya. KENYATAAN YG MENYAKITKAN:( aku taknak hubungan aku berakhir dgn KENANGAN YG MENYEDIHKAN! sebab bagi aku dia adalah yg terakhir, aku harap aku tak salah memilih. Aku tak nak dh rasa sakitnya. Aku taknak dh setiap hari nak mengalirkan airmata hanya kerana awak. Aku nak tebus balik airmata aku yg dulu kerana awak. Aku hanya bersikap jujur kat sini. Kat luar aku taknak tnjuk perangai aku kat dia. Sebab aku malu nak meluahkan rasa aku kat dia :'( aku sygs dia sgt2x. YANG LALU BIARLAH BERLALU. AKU DH TAK INGAT DH TETAPI PARUTNYA MEMANG MASIH WUJUD KAT HATI AKU. PARUTNYA TAK SEBESAR PARUT KU YG DULU. *lawak ye !! TAKDE MAKNENYA AKU NAK KENANG BALIK KISAH LALU YG SUDAH MENJADI TITIK NOKTAH DALAM HIDUPKU !
To my cinta : kau adalah kenyataan! aku akan cuba utk melupakan kisah lalu aku. Aku syg kau sgt2x!! lama dh aku pendam rasa ni, dan sekarang kau dh aku miliki dan aku janji tak akan pernah sakitkan hati kau. Aku berharap benda yg sama drpd awak. Aku harap kisah cinta kau&aku adalah kisah cinta yg akn berkekalan hingga akhir hayatku :) U're mine and i'm yours. i'm glad to yours sayangs :) when i with u ,i want to be closer, when i'm away from u, i miss u like crazy,is this what u feel? i wish i knew :')

Thursday 7 July 2011

Tangisan

Assalamualikum w.b.t ..

Thanks to Mr.Bloggie kerana masih setia menjadi pendengar kisah suka duka hidup aku. Setiap kehidupan tidak semuanya bermula daripada kebahagiaan dan berakhir juga dengan kebahagiaan. Ketahuilah, setiap kehidupan pasti ada pahit dan manisnya :) Seperti aku, kehidupan aku kadang2x mengembirakan kadang2x menyakitkan, kadang2x boleh membuatkan aku mengalirkan airmata :') Aku nak ambil title TANGISAN utk post aku kali ini :) Tangisan ? semua tahu maksudnya bukan. Aku seorang insan yg sering mengalirkan airmata. Bagi aku, hanya dengan cara menangis dapat mengubat hati aku dalam apa keadaan sekalipun :) Setiap hari aku akan mengalirkan airmata aku kerana setiap hari seseorang akan melahirkan rasa marah dalam hati aku. Aku akan menangis. Bagi korg,aku happy tiada kedukaan di wajah aku ? sangkaan korg salah. Aku benci manusia yg sering menangis tetapi tanpa aku sedar aku salah satu yg tergolong kepada golongan CENGGENG :) setiap kesedihan aku akan cuba mengawalnya dengan senyuman :) kerana bagiku senyuman adalah penawar kepada kesedihan. Jelas sekali, aku tidak mahu memperlihatkan wajahku yg sedang berduka atau kata lain sedih kepada org yg aku sayang. Aku akan cuba menutup kesedihan yg terpancar di wajahku dengan mengunakan taktik bodoh aku iaitu ketawa dan tersenyum. Aku akan menjadi pendiam, tidak suka becakap, berbual kosong,bercerita ,akan hilangnya ketawa dibibir aku dan tidak akan ada senyuman yg terpancar diwajahku apabila hatiku sedang dirundung kesedihan :) BODOH kan aku ? ya, jeles sekali kebodohan sikapku disaat itu. HUHU :'( Menangis juga salahsatu cara utk membuang rasa mara kat hati aku. kenapa ? aku hanya akan menjawab "ENTAH" kerana ? aku pun tak tahu sebabnya. sikap yg sememangnya wujud sejak aku masih kecil lagi :) pelikkan aku? aku seorang yg pemarah. maknanya aku seorang yg cenggeng :) last night aku menangis disebabkab keegoan diriku sendiri. semuanya berpunca daripada adik aku yg sering menimbulkan kontroversi terhadap diriku. sememangnya nak, bencik aku menangis. siksukasiksuka. Aku akan salu nangis bila hati aku memang benar2x sedih. aku harap org yg aku syg gilak2x sikk akan pernah polah aku menangis yg terlalu teruk seperti org lalu pernah polah ngn aku dolok :) aku harap gilak2x . thanks for everythings. maaf org yg berkenaan, aku hanya dapat jawab dalam tok soalan kau marek. Aku sik akan eply chat , mcg or inbox kau gik. Aku sik kesah apa yg dh terjadi. past is past ! cehh, ambiklah ikhtibar atas apa yg dh terjadi :) aku bahagia dgn apa yg aku dh ada :) aku cuma dapat doa kebahagiaan kau. maafkan aku sebab sik mampu mk jadi yg terbaek utk kau. sik akan ada aekmata utk kau gik :) thanks for everything and sorry for anything. hopefully the new person can provide the best for you. you deserve better. you'll always be my monkey :) she is your straw and you're berry for her straw :) I had a dream and it was about you ... 
I smiled and recalled the memories we had ... 
then I noticed a tear fell from my eyes ... you know why? 
Coz in my dream you kissed me and said goodbye ... byebye .

AKU.

Bismillahirahmanirahim, dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha Penyayang. Aku telah dilahirkan dimukabumi ini dengan kasih sayang daripada mama dan papa. Ya, semuanya datangnya dari sebuah kasih sayang:) Aku dilahirkan pada 21/09/1996 pada pukul... Aku dan adik selamat dilahirkan dan alhamdulillah, kami selamat dilahirkan tanpa ada cacat cela. Mama dan papa memberikan aku nama Nur Syafiqah. Nama itu penuh maknanya tersendiri. Manakala adik aku pula diberi nama Nurul Ain:) Nur Syafiqah nama yang tercatat pada SIJIL KELAHIRAN aku sebelum aku dijaga oleh ibu dan ayah. Mak dan ayah adalah ibu dan bapa angkat kepada diriku selepas 2 hari aku disusukan oleh ibuku. Tanggal 29/09/1996 namaku telah berganti kepada AFIQAH HAMSIN. Menurut mama, namaku mempunyai maksudnya yg indah. Afiqah yg bermaksud 'YANG PEMURAH LAGI .....' aku tak ingat dh:) Pada 26/09/1996 aku telah pun terpisah dengan adik kesayangan aku selaku adik kembar aku yg kini bernama Nurul Asyikin. Adikku yg kini menetap bersama makcik aku di Tudan,Miri. Aku sangat merindui dirinya,dimana dia adik yg sama2x dilahirkan oleh ibu tersayang pada tanggal 21/09/1996. Aku telah dijaga, diberi didikan dan kasih sayang yg secukupnya daripada mak dan ayah angkatku. Aku seorang yg sangat bertuah kerana telah dikurniakan mak dan ayah yg sangat menyayangi diriku tanpa berbelah-bagi. Mereka telah mengasuh aku sehingga aku besar dan memberikan didikan yg secukupnya kepada aku. Sekarang, umurku sudah meningkat remaja. Aku telah menilai  diriku dengan adik-beradik kandungku yg lain. Berapa aku sangat beruntung telah dijaga tanpa menanggung beban yg berat seperti abg, kakak dan adikku. Aku sangat bersimpati dengan keadaan mereka. Aku telah berjanji kpda diriku, aku akan belajar besungguh-sungguh demi membahagiakan kedua2x keluargaku. Aku ingin mengasuh dan mendidik adikku yg aku tidak kenali siapa namanya sehingga kini. Aku ingin merubah nasib adikku dan memberikannya sebuah kebahagiaan pada masa akan datang:) itu adalah impian aku yg nyata dan aku berharap dapat menyelesaikan impian aku sebelum aku berfikir ke alam perkahwinan:) sebuah kejayaan datangnya daripada usaha+tawakal+doa :) kini, aku sedang menanti dan terus menanti kehadiran papa tersayang dalam hidupku. bertapa aku merindui dirimu walaupun aku tahu dirimu amat membenci diriku. Aku tidak akan pernah membenci dirinya kerana bagiku papa adalah segalanya. Aku selalu terfikir , jikalau dirinya dibenci olehku maka derhakalah aku kerana dia telah mewujudkan aku didalam pintu rahim ibuku:) Dia adalah segalanya utkku. Aku berjanji akan mencari dan memohon maaf akan kesilapan yg semestinya tiada aku lakukan pada dirinya. Aku hanya menerima kebenciannya dengan hati terbuka walaupun pada dasar hati aku sangat sakit sekali:) semoga dirinya diberkati Allah S.W.T. selalu. Doaku sentiasa mengiringi gerakmu:) Aku dilahirkan dalam keluarga yg serba kekurangan dan aku sangat beruntung kerana telah dijaga oleh keluarga yg sudi menerima kekurangan diriku:')  Aku bukanlah seorang yg sombong seperti yang anda sangkakan. Aku seorang yg baik hati,disebabkan sikap kebudakbudakan aku yg manja ,aku kelihatan seperti seorang yang sombong, angkuh,riak :) ya, aku jujur aku seorang yg bangga diri. Kerana aku merasa diriku mampu menyaingi org lain. Maafkan aku. Aku akan cuba utk membuang sikap bangga diri yg sememangnya ada dalam diri aku. Berkawanlah dgnku. Aku tidak mementingkan darjat, kekayaan, harta. Kesenangan yang aku miliki sekarang bukanlah milikku yg hakiki. Aku hanya menumpang kesenangan org lain. Kesenangan keluarga angkatku. Jasa baik keluarga angkatku tidak dapat aku balas dengan wang ringgit. Hanya doa yg sentiasa aku iringkan utk mereka. Aku amat menyayangi mereka sepertimana aku menyayangi diriku sendiri. Ibu angkatku yg aku telah anggap seperti ibu kandungku telah merawat,mengasuhku dan mendidikku dari aku kecil yg hanya tahu merintih sehinggalah aku yg sekarang. Kasih sayang yg diberikan tidak berbelah-bagi kepada diriku dan abgku Muhammad Izaat Hamsin. Muhammad Izaat Hamsin bukanlah abgku sebenar tetapi kami telah dijaga bersama dari kecil sehingga sekarang yg membuatkan aku merasa dirinya seperti abg kandungku sendiri. Ayahku seorang bapa yg tegas tetapi penyayang. Ayahku telah merawat, mengasuh dan mendidik aku supaya menjadi seorang yg berguna. Hidup aku dan abgku tidak pernah merasa kesusahan kerana sentiasa dilimpahi dgn wang ringgit yg diberikan oleh ayahku setiap hujung bulan. Kini, barulah aku sedar wang ringgit bukanlah segalanya dalam kehidupan. Aku seorang yg pemboros dan sering membelanjakan wang ke arah yg tidak sepatutnya. Sekarang, aku mampu membuka mata sebesar2xnya setelah ibu dan ayah membawa aku melawat  mama aku di Mukah, Sarawak. Betapa kasihannya aku melihat keadaan mereka. Kakiku kaku ketika ingin memasuki rumah mereka. Betapa susahnya hidup mereka:'( dan tanpa aku sedari airmataku menitis satu per satu. Aku sudah sedar bahawa sebuah kehidupan tidak semuanya ada kesenangan. Aku berasa amat kasihan kerana adikku tidak pernah merasa diri dialam persekolahan. Aku hanya mampu menahan sebak didada. Kasihannya dia. Aku ingin membantunya tapi apakan dayaku. Aku berharap dapat mengubah dirinya suatu hari nanti dan aku berharap dirinya akan menemui kejayaan pada masa akan datang. Amin :') tidak dapat aku bayangkan dalam umur yg terlalu muda sepertinya telah membantu ibuku menoreh getah pada awal pagi dan akan balik sebelum terbenam matahari. Hutan? kerengga? Bagi diriku semuanya hanya remeh diperkatakan tetapi bagi mereka yg merasakannya sangat sakit sekali. Keluar mencari rezeki didalam hutan hanya untuk mendapatkan sesuap nasi. Ya, Allah :'( betapa pilunya hatiku. Tidak dapat aku meneruskan cerita tentang diriku. Terlalu panjang dan sukar utkku membuka semua mengenai diriku :'( semoga berjumpa di lain masa :')

Wednesday 6 July 2011

aku sakit ?

Hello, aku tak nak cakap panjang2x. Aku nak cakap mengenai title post aku kali ni. AKU SAKIT ? betul ke ? semestinya. aku hanya menerimanya dengan hati terbuka kerana bagi aku Allah nak menguji setiap hambanya dan aku berasa sangat bertuah kerana tidak diujinya dengan masalah yg lebih berat lagi. Bagi aku ujian dariNYA utk menguji kta dan utk menyedarkan kita daripada terus terpesong ke jalan yg salah :) sakit aku takdelah kronik sgt. penyakit biasa je. aku Anaemia je. apa tu anaemia ? huh !! anaemia ni sejenis penyakit. Penyakitnya tak begitu kronik tetapi doktor aku cakap jika keadaan semakin teruk berkemungkinan boleh menyebabkan kematian. Penyakit anaemia boleh dicegah. Alhamdulillah. aku bersyukur keHadrat Ilahi kerana penyakitku semakin bertambah baik :) aku sangat berpuas hati kerana bagi aku usaha aku selama ini amat berbaloi dgn apa yg aku dpt :) terima kasih mama ,papa kerana menjadi penguat semangatku selama ini, mendoakan utk kesejahteraan aku dan tidakpernah jemu menasihatkanku demi kesihatanku, ahli keluarga aku yg banyak memberikan aku kata2x semangat semasa aku sakit dhlu :) kawan2x aku yg sering menjadi peneman setia aku disaat aku menanggung kesakitan aku, insn tsyg yg sentiasa ada hadir utk aku walau dlm apa keadaan sekalipun. aku sayangs korg sgt2x :) budi baik kalian tidak dapat aku balas :) aku hnya mampu mendoakan utk kesejahteraan korg je :) tu je yg mampu aku lakukan :) aku sygs korang banyak2x ! semoga berjaya dalam menempuhi liku2x kehidupan :) k,bye

Tuesday 5 July 2011

Kenapa aku shayankks dia ?

Hello Mr.Bloggie !! aku happy sangat2x. aku shayankkss dia sangat2x. Mr.Bloggie jgn cemburu ye :') aku sygs kau sgt2x Mr.Bloggie sebab kau pendengar setia masalah aku. *tak tipu. Aku kan aku kan cinta sgt2x kat Hamba Allah ni . aku tak tau kenapa harus wujud rasa sygs aku rasa cinta aku kt dia. bagi aku dia yg terbaik. Sumpah, aku tak pernah merasa sesuatu yg menggembirakan dalam hubungan percintaan seperti sekarang :) *aku tak tipu tau. cinta ? apa maksud cinta? cinta ialah benda yg kita kunyah2x, makan ,kunyah, telan. HAHA :'D tipu jelh. Cinta yg aku faham maksudnya bereerti rasa sesuatu yg lahir dari dalam jiwa kepada seseorg :') sepertimana aku :P wekk !!Tapi duluduludulu kankan dia pernah buat aku lahirkan rasa BENCI yg teramat mendalam kat dia. Nak tahu kenapa ? tak pyhlh, benda lalu :) aku sygs dia lamalamalamalama dh tapi cinta aku kt dia tak akan pernah berkulat :) aku nak jadi yg terbaik buat dia. aku bahagia ada dia dan aku rasa benda yg sama kt dia. entah ?aku tak tahu. aku tak pandai nak membaca isi otak orang. tapi tu firasat aku yg menyatakan. aku iyekan je :) dia hadir dalam hidup aku tanpa diduga. saat dia hadir utk aku adalah saat aku betulbetulbetul perlukan seseorang untuk berada dihati selain family aku:) dia bnyk mendengar cerita pelikpelik yg tak logik dari aku. kdg2x aku suka buatbuat cerita supaya dia happy * tipu je :) aku tak nak sakitkan hati dia. tak akan pernah. tapi aku harap dia dapat memahami sikap aku. aku seorg yg sensitive ! cepat merajuk ! manja*semestinya ada ,suka mendapat perhatian drpda yg tersygs. itulah perangai kebudakbudakan aku yg takde kat dia :) dia sabar je melayan karenah aku. aku happy. dia tak pernah marahkan aku walaupun dh berkali2x aku menguji tahap kesabarannya :) dan terbukti sudahlh dia seorg yg aku cari selama ni :) sayangs ,aku sayangs kau sgt2x :) iloveyousagt2x. sayangs Qaqa kat awak tak berbelah-bagi pun :') awak saya yg punya :) mmmuahs. NO SHARINGMARING EVEN SHARING IS CARING ! HAFIZUDIN OWNED BY AFIQAH :) *senyuman manja :) LOVEYOUSODAMNMUCH SAYANGS :)


Stories
By:Nazri