Thursday 7 July 2011

AKU.

Bismillahirahmanirahim, dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha Penyayang. Aku telah dilahirkan dimukabumi ini dengan kasih sayang daripada mama dan papa. Ya, semuanya datangnya dari sebuah kasih sayang:) Aku dilahirkan pada 21/09/1996 pada pukul... Aku dan adik selamat dilahirkan dan alhamdulillah, kami selamat dilahirkan tanpa ada cacat cela. Mama dan papa memberikan aku nama Nur Syafiqah. Nama itu penuh maknanya tersendiri. Manakala adik aku pula diberi nama Nurul Ain:) Nur Syafiqah nama yang tercatat pada SIJIL KELAHIRAN aku sebelum aku dijaga oleh ibu dan ayah. Mak dan ayah adalah ibu dan bapa angkat kepada diriku selepas 2 hari aku disusukan oleh ibuku. Tanggal 29/09/1996 namaku telah berganti kepada AFIQAH HAMSIN. Menurut mama, namaku mempunyai maksudnya yg indah. Afiqah yg bermaksud 'YANG PEMURAH LAGI .....' aku tak ingat dh:) Pada 26/09/1996 aku telah pun terpisah dengan adik kesayangan aku selaku adik kembar aku yg kini bernama Nurul Asyikin. Adikku yg kini menetap bersama makcik aku di Tudan,Miri. Aku sangat merindui dirinya,dimana dia adik yg sama2x dilahirkan oleh ibu tersayang pada tanggal 21/09/1996. Aku telah dijaga, diberi didikan dan kasih sayang yg secukupnya daripada mak dan ayah angkatku. Aku seorang yg sangat bertuah kerana telah dikurniakan mak dan ayah yg sangat menyayangi diriku tanpa berbelah-bagi. Mereka telah mengasuh aku sehingga aku besar dan memberikan didikan yg secukupnya kepada aku. Sekarang, umurku sudah meningkat remaja. Aku telah menilai  diriku dengan adik-beradik kandungku yg lain. Berapa aku sangat beruntung telah dijaga tanpa menanggung beban yg berat seperti abg, kakak dan adikku. Aku sangat bersimpati dengan keadaan mereka. Aku telah berjanji kpda diriku, aku akan belajar besungguh-sungguh demi membahagiakan kedua2x keluargaku. Aku ingin mengasuh dan mendidik adikku yg aku tidak kenali siapa namanya sehingga kini. Aku ingin merubah nasib adikku dan memberikannya sebuah kebahagiaan pada masa akan datang:) itu adalah impian aku yg nyata dan aku berharap dapat menyelesaikan impian aku sebelum aku berfikir ke alam perkahwinan:) sebuah kejayaan datangnya daripada usaha+tawakal+doa :) kini, aku sedang menanti dan terus menanti kehadiran papa tersayang dalam hidupku. bertapa aku merindui dirimu walaupun aku tahu dirimu amat membenci diriku. Aku tidak akan pernah membenci dirinya kerana bagiku papa adalah segalanya. Aku selalu terfikir , jikalau dirinya dibenci olehku maka derhakalah aku kerana dia telah mewujudkan aku didalam pintu rahim ibuku:) Dia adalah segalanya utkku. Aku berjanji akan mencari dan memohon maaf akan kesilapan yg semestinya tiada aku lakukan pada dirinya. Aku hanya menerima kebenciannya dengan hati terbuka walaupun pada dasar hati aku sangat sakit sekali:) semoga dirinya diberkati Allah S.W.T. selalu. Doaku sentiasa mengiringi gerakmu:) Aku dilahirkan dalam keluarga yg serba kekurangan dan aku sangat beruntung kerana telah dijaga oleh keluarga yg sudi menerima kekurangan diriku:')  Aku bukanlah seorang yg sombong seperti yang anda sangkakan. Aku seorang yg baik hati,disebabkan sikap kebudakbudakan aku yg manja ,aku kelihatan seperti seorang yang sombong, angkuh,riak :) ya, aku jujur aku seorang yg bangga diri. Kerana aku merasa diriku mampu menyaingi org lain. Maafkan aku. Aku akan cuba utk membuang sikap bangga diri yg sememangnya ada dalam diri aku. Berkawanlah dgnku. Aku tidak mementingkan darjat, kekayaan, harta. Kesenangan yang aku miliki sekarang bukanlah milikku yg hakiki. Aku hanya menumpang kesenangan org lain. Kesenangan keluarga angkatku. Jasa baik keluarga angkatku tidak dapat aku balas dengan wang ringgit. Hanya doa yg sentiasa aku iringkan utk mereka. Aku amat menyayangi mereka sepertimana aku menyayangi diriku sendiri. Ibu angkatku yg aku telah anggap seperti ibu kandungku telah merawat,mengasuhku dan mendidikku dari aku kecil yg hanya tahu merintih sehinggalah aku yg sekarang. Kasih sayang yg diberikan tidak berbelah-bagi kepada diriku dan abgku Muhammad Izaat Hamsin. Muhammad Izaat Hamsin bukanlah abgku sebenar tetapi kami telah dijaga bersama dari kecil sehingga sekarang yg membuatkan aku merasa dirinya seperti abg kandungku sendiri. Ayahku seorang bapa yg tegas tetapi penyayang. Ayahku telah merawat, mengasuh dan mendidik aku supaya menjadi seorang yg berguna. Hidup aku dan abgku tidak pernah merasa kesusahan kerana sentiasa dilimpahi dgn wang ringgit yg diberikan oleh ayahku setiap hujung bulan. Kini, barulah aku sedar wang ringgit bukanlah segalanya dalam kehidupan. Aku seorang yg pemboros dan sering membelanjakan wang ke arah yg tidak sepatutnya. Sekarang, aku mampu membuka mata sebesar2xnya setelah ibu dan ayah membawa aku melawat  mama aku di Mukah, Sarawak. Betapa kasihannya aku melihat keadaan mereka. Kakiku kaku ketika ingin memasuki rumah mereka. Betapa susahnya hidup mereka:'( dan tanpa aku sedari airmataku menitis satu per satu. Aku sudah sedar bahawa sebuah kehidupan tidak semuanya ada kesenangan. Aku berasa amat kasihan kerana adikku tidak pernah merasa diri dialam persekolahan. Aku hanya mampu menahan sebak didada. Kasihannya dia. Aku ingin membantunya tapi apakan dayaku. Aku berharap dapat mengubah dirinya suatu hari nanti dan aku berharap dirinya akan menemui kejayaan pada masa akan datang. Amin :') tidak dapat aku bayangkan dalam umur yg terlalu muda sepertinya telah membantu ibuku menoreh getah pada awal pagi dan akan balik sebelum terbenam matahari. Hutan? kerengga? Bagi diriku semuanya hanya remeh diperkatakan tetapi bagi mereka yg merasakannya sangat sakit sekali. Keluar mencari rezeki didalam hutan hanya untuk mendapatkan sesuap nasi. Ya, Allah :'( betapa pilunya hatiku. Tidak dapat aku meneruskan cerita tentang diriku. Terlalu panjang dan sukar utkku membuka semua mengenai diriku :'( semoga berjumpa di lain masa :')

No comments:

Post a Comment



Stories
By:Nazri